Salam semua untuk kakitangan awam di Malaysia. Disini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai jadual atau tarikh gaji yang kerajaan akan bayar untuk kakitangan awam untuk tahun 2020.
TARIKH JADUAL PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2020 KAKITANGAN AWAM KERAJAAN MALAYSIA
Jadual bayaran gaji bulanan ini penting bagi kakitangan awam disebabkan ia dapat membantu Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja dalam sektor awam) untuk merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi masing-masing.
Urusan pembayaran gaji kaki tangan awam kerajaan Malaysia adalah melalui Sistem Gaji Berkomputer. Segala urusan ini akan dibuat oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Perakaunan (AO).
Diantara tugas penting PTJ adalah wajib untuk memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan hendaklah dikemaskini dan ianya juga harus diproses secara berasingan, menyemak maklumat pada fail induk gaji dan memperbetulkan segala maklumat ( jika ada) dan tugas lain seperti yang tertulis di Surat Pekeliling Akauntan Negara.
Untuk urusan pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari bayaran mestilah diproses pada satu (1) haribulan atau hari bekerja pertama bulan yang berikutnya.
Berikut adalah perincian tarikh bayaran gaji dalam jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam untuk tahun 2020.
0 comments:
Post a Comment